zwani.com myspace graphic comments
Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 31, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka

Nak wish kepada smua yang mengikuti blog aku ni





SELAMAT HARI MERDEKA
yang ke - 52
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, August 30, 2009

Eh! betul ke?

Khasiat Air Liur Basi

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi
adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan. Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiatkhusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.
Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan. Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelumbaginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liurbasi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Thursday, August 27, 2009

My Wonder Pet

Wonderpet, wonderpet kami datang membantu mereka dalam kesusahan
....bla, bla, bla, ape yang penting kerjasama
hehehe sajer jer... ingat plak akak fiqa baru blajar nyanyi lagu tu..

Emm.. lama dah tak bersihkan kediaman pet2 aku ni..
Tadi lepas berbuka, adik afiq plak tido.. ape lagi ni lah yang aku plan nak buat, ni baru ade masa...

Ni hamster aku, ada 2 ekor kaler orange putih, aku bela diorg sejak seblm aku kawen sampai laaa ni, masa aku beli diorang ni...org kedai tu kata sepasang, tapi sampai sekarang tak banak-banak, ahaks :)


teringin nak kuar ler tu...

makan, makan, makan


Selain tu aku bela ikan gak... ikan sepat jer..dulu ade dua, aku bawa dari kg.. lps tu tinggal sekor..lagi sekor kena makan kot,hehehe



Ni plak miow aku yang aku bela dari sblm kawen gak.. baby namanyer.. hb dia boboy kat kg tu.. disebabkan byk sgt kat kg aku bawa dia kesini tahun lepas bersama sekor anak dia... malangnyer anak dia tu hilang, lepas hilang tu dia banak lagi 3 ekor.. ilang gak 2 ekor... baru2 ni ilang yang sekor tu...ishh, pelik aku mana g smua anak-anak kucing aku tu smua, sian baby tinggal sorang sekarang...

Cuba nasib lagi - CANDID-GIVEAWAY CONTEST

Sempena bulan besday salah sorang blogger kita ni zieha,
tetiba terdetik plak nak masuk contest ni... Jom join skali

Copy gambar kat atas nie & uploadkan kat dlm N3 dan sidebar blog
* done*

Wajib jadi followers kat sidebar di blog zieha n list kan blog zieha pada bloglist
*done*

Uploadkan satu(1) gambar yang boleh dikategorikan candid habis atau yang paling happening,lucu,sedih,gembira, terkejutss

Biasenyer orang kate bapa borek anak rintik kan... ni dia atuk borek cucu rintik plak... kebetulan plak masa tu diorang tengah kusyuk tgk tv, anak kesayanganku Darwisha Sayfiqah dengan atuknyer

*done*

Hadiahnya SURPRISED....kita tunggu nanti sapa menang sure tau aper hadiah dia kan


Terima Kasih Zieha coz mengadakan contest ni...


Wednesday, August 26, 2009

Tagged dari IDANIZAM


Ni tagged dari Idanizam
Ape yer soklan nyer..meh jawab sambil makan-makan ni..huhuhu

Tag 1 adalah berkenaan Photo Profile blogger

1. Terangkan maksud gambar itu
Gambar perkahwinan aku pada November 2006

2. Kenapa pilih gambar itu ?
Entah ler, tetiba rase nak letak gambar kawen aku ngan hb aku plak...
Lagipun takde gambar kami berdua yang lagi bagus nak letak kat situ

.:: ANOTHER TAG ::.

WHAT IS THE MOST IMPORTANT THING IN YOUR LIFE?
Of course my children, hb, parents and my cars

WHAT IS THE LAST THING THAT YOU BOUGHT WITH YOUR OWN MONEY?
Toys for Fida & Afiq

WHERE DO YOU WISH TO GET MARRIED?
Married almost 3 years...
tapi klu dapat nak kawen kat kayangan, disaksikan bulan dan bintang...
hehehe berangan jer tu..

HOW OLD DO YOU THINK YOU WILL BE PERMANENTLY OWNED BY UR LOVE?
Of course permenant, Hopefully TOGETHER & FOREVER.
May ALLAH bless Us

ARE YOU IN LOVE?
Oh Yeah... Everytime

WHERE WAS THE LAST RESTAURANT YOU HAD DINNER?
SplendidCafe @ Tesco Setia Alam

NAME THE LATEST BOOK THAT YOU BOUGHT?
Ades.. long long ago, tak ingat ler lama sangat dah tak beli buku ni...

WHAT IS YOUR NAME?
Niza a.k.a hani (singkatan nama Hairulniza)

DO YOU PREFER YOUR MOTHER OR FATHER?
I thought I love both very much..

NAME A PERSON THAT YOU REALLY WISH TO MET IN REAL LIFE FOR THE FIRST TIME?
Nobody

CHRISTINA OR BRITNEY?
Christina,,, She's cute

DO YOU DO YOUR OWN LAUNDRY?
No

THE MOST EXCITING PLACE YOU WANT TO GO?
Alaska

CAMERA OR MP3 OR HP?
HP

POINT OUT 5 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAGGED YOU
1. Ida..new blogger prend
2. her hb name is Zam
3. Married 7 years
4. 3 childrens
5. suka shopping

3 THINGS I SAY TOO OFTEN?
1. ish... klu ade yang tak kena
2. sayang mama, buchuk dia... tuk akak fiqa dan adik afiq
3. adui... sajer jer sesuka klu tertawa ker...hehehe fiqa pun dah pandai follow

BOOK I'VE RECENTLY?
Takdelah

4 SONGS I COULD LISTEN TO OVER AND OVER AGAIN?
1. Yuna -Dan sebenarnya
2. Ungu Feat Rossa - Tercipta untukmu
3. Faizal Tahir - Sampai syurga
4. Michael Jackson - You are not alone

THINGS THAT I LEARNED LAST YEAR?
ape yer... rasenyer more pasal keje ler

8 PEOPLE TO TAG?
- suziey-
ema mummy meen
anak ain
jebat durhaka
yannie
k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m
ida
dinzai
(klu free jawab ler yer tag ni)

S.E.K.I.A.N. S.U.D.A.H.T.A.G.D.I.J.A.W.AB

Tuesday, August 25, 2009

BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST

Emm banyaknyer contest sekarang yer.. teringin plak nak try nasib anak sulung mama ni...

ni atas dorongan auntie suziey, tu yang nak try contest yang dianjurkan oleh Mommy Zara..saje je suka-suka mana tau klu ade rezki dibulan mulia ni kan

syarat2 utk join contest ni:


1. jd follower Mommy_Zara

OK - DAH FOLLOW DAH

2. sila add banner di atas pada sidebar..

OK - BANNER DAH ADD @ MY HOMEPAGE


3. Special entry utk contest ini :

Darwisha Syafiqah seorang yang suka senyum dan ceria dalam erti kata lain happy good lucky children... Panggilan Fiqa lebih mesra baginya, seorang baby yang suka bersiar-siar, klu sehari tak keluar rumah tu rasa dah macam ribut dibuatnya kat rumah ni..

Ni, gambar fiqa time jalan-jalan kat shopping complex..

Fiqa happy sangat dapat main buaian dalam pelukan mama

4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby.

Nama baby : DARWISHA SYAFIQAH BINTI MOHD AZLAN

Lahir : 1st November 2007

Umur Sekarang : Setahun sembilan bulan

5. sila nyatakan bila gambar diambil.

Gambar diambil pada : Awal tahun ni January 2009

6. link kn blog Mommy_Zara .

OK

contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09
- hehehe, entry masuk hari ni pada 26 August 09 -
"Cik Penganjur .. Princess Delisha"
Terima Kasih daun keladi,
Ada rezki lebih anjurkanlah lagi

Juadah berbuka puasa hari ni bersama Papa

Hari ni papa cuti..
esok papa dah start keje petang, mama berbuka sesorang bersama adik afiq ler nampak gayanyer sop, sop, sop sedihnyer sesorang lagi
Emmm... berbuka puasa simple jer...
masak nasi goreng udang, kuew tiew sop ayam dan agar-agar bandungsedap gak yer aku masak ni (perasan jap) .. nilah 1st time gak aku sempat buat agar-agar bandung

Naik Bas

Semalam petang aku menaiki bas balik ke Kapar,,,,
Sedih tinggalkan akak fiqa kat kampung..
Yerlah tak nak hampakan opah dan atuk dia aku redho kan jer Fiqa ngan diorg bulan posa ni,, tapi dlm planning next week nak amik jap...
ni pun baru shari dah windu bangat kat dia... almaklumlah slalu dia yang memecahkan keriuhan dalam family aku ni ngan aksi nakal dia terutama time mengacau adik dia...
Dah lama benor rasenye dah tak naik bas ni...
dan nilah first time adik afiq naik bas...
Dulu akak fiqa yang selalu naik bas datang jumpa mama dia dari kampung opah yang bawakan...
Emmm naik bas pukul 5.50 petang,,, berbuka puasa dalam bas gak ler jawabnyer..
Makan kueh ngan air kotak jerlah... adik afiq tido kejap jer dalam bas nasib baik dia tak meragam...hehehe temankan mama dia berbuka
Papa dah tunggu kat bus stop lepas berbuka... sampai rumah kami berbuka bersama

Menyambut Ramadhan Di Kampung Halamanku

Sempena menyambut bulan ramadhan, Jumaat lepas aku mengikuti emak aku balik kampung... balik bertiga sahaja, almaklumlah papa kerja pasaraya ni weekend jangan harap ler dapat cuti. Tak dapat ler bersahur dan berbuka sekali ngan papa,,,sedihnyer
Entah mengapa ntah aku suka balik kampung, yerlah sapa tak suka balik kampung... Bagi aku balik kampung tu dapat menenangkan jiwa aku yang kekadang serabut ni.
Yerlah kat kampung gak aku letak kucing-kucing kesayangan ku... smua tu dibawah jagaan abah aku yang suka gak kat kucing.. sekarang ada 6 ekor smua kucing yang stop membiak dah,,huhuhu.. yerlah sejak aku dah beranak dua ni kan..tak mampu plak nak jaga mereka.


Emak aku plak suka menanam pokok-pokok bunga tu lagilah dapat menyegarkan mata dan mindaku ini...


Ha.. satu lagi buaian yang fiqa main ni tempat aku selalu beristirehat sejak aku bujang sampai laa ni,,, best dapat berbuai ni ...dengan angin sepoi-sepoi bahasa cewah

Ni lah atuk Fiqa... aksi akak Fiqa cam atuknyer... tengah khusyuk tengok tv tu

Bulan Ramadhan


Hari ni dah 4 ari di bulan ramdahan..jap jer kan..
Rasenye belum terlambat nak ucapkan selamat berpuasa dibulan yang penuh dengan pahala ni kepada sesiapa yang sudi singgah menjenguk blog mama niza ni.
Jom kita menambah pahala dengan beribadat kepada-NYA dan menjauhkan ape2 yang tak elok.

Monday, August 17, 2009

Adik Afiq lagi

Emmm...Lagi adengan adik afiq...
Mama rase, afiq begitu cepat berkembang
Dalam bulan ni aje dia dah pandai main, senyum, gelak bila digeletek atau ditegur, meniarap sendiri. Mata adik afiq dah mula asyik pandang tv jer sambil perhatikan akak fiqa dia kehulu kehilir... rupanya adik afiq geram jer bila tengok akak dia main...
Dalam hati dia mesti bekata "tunggulah akak fiqa"
Adik afiq teruja dengan mainan dan akak fiqa sibok memanjat...
yang ini memang dah tak boleh dilarang dah..
sambil akak fiqa memanjat tu sempat lagi dia tolong letakkan balik mainan adik afiq tu...
huhuhu..
Ish, adik afiq ni...Penat mama dengar adik afiq yang terlampau excited

Saturday, August 15, 2009

Aksi anak-anakku

Seronok rase hati bila tengok akak fiqa dan adik afiq bersama-sama..
Pelbagai aksi dan gelagat yang menghiburkan dan kekadang agak huru hara dibuatnya..
Akak fiqa plak dah mula sayang pada adik afiq, tapi kekadang cemburu dia pun ade gak kat adik afiq... yang tak boleh tahan.. bila adik dia dah tenang tido akak fiqa akan mula menjerit, kalau pelan takpe ..ni ha yaaa ampun, tak pasal-pasal adik Afiq jaga..
Tengok tu...
Walaupun usia akak fiqa baru setahun 9 bulan, dia dah mula sayang bangat kat Adik Afiq

Adik dah pandai

posing

bermain

Ish, akak buli adik

Haaa.. adik plak buli akak

Dah cam boy plak ni...

Fiqa malu-malu kucing dengan rambut terikat cenonet tu..
Baju-baju akak fiqa banyak yang dah tak muat dah.. emmm bila lah nak g shopping beli yang baru ekk


Friday, August 14, 2009

Saat-saat terakhir

Meh ratapi sedikit gambar saat-saat terakhir aku ditempat kerja...




Fiqa dan Afiq pun join mama mengemas...


Bon voyage...

Wednesday, August 12, 2009

APRIL, MAY, JUN & JULAI

April - Tanggal 21, aku selamat melahirkan Darwish Syafiq, 2.95 kg pada pukul 11.53 malam. Ish! Ish! Ish… takmo tunggu masuk 22hb plak dia…
Kelahiran yang tidak dijangka juga seperti kakaknya dulu awal dua minggu, akaknya dulu awal tiga minggu…emmm, Alhamdullilah, proses kelahiran Syafiq agak menyenangkan… aku cuma sakit 3 jam sahaja..lps tu terus masuk wad besalin dan bersalin secara normal, keesokkan harinya dah pun dapat keluar hospital.
Meh layan beberapa gambar Syafiq dari lahir hingga sekarang
Darwish Syafiq Bin Mohd Azlan (8 jam)

Seminggu kemudian

Dah sebulan

Dua bulan, lepas dibotakkan

Dah pandai senyum... Dua bulan setengah

Sekarang... 3 bulan,,, yahuu adik dah meniarap

May – Emmm rasenyer takde ape yang menarik bulan ni..yerlah dalam pantang… Cuma sibuk buat persiapan perkahwinan Yeop ( abang aku)

Jun– 6hb, kenduri aqeqah Syafiq… Emmm takde gambar ler plak..kat handset yeop… Bila nak download entah ler,,, Naik buai skali dengan mak sedara dia (pangkat sepupu aku ler) yang lahir awal sebulan dari Syafiq, Nur Atirah namanya.
Hari ni juga acara majlis perkahwinan Yeop berlangsung dipihak pengantin perempuan kat Teluk Intan… Alhamdullilah 5hb nya selamat diakadnikahkan .
- 7hb… Ari ni mungkin majlis terbesar keluargaku..yelah aku pun dah kawin, kami dua orang adik-bradik jer. Majlis perkahwinan Yeop… Meriah tu mestilah meriah, tapi ramai gak sedara mara dan kekawan yang tak dapat hadir…uhhh satu daerah jer berapa banyak majlis perkahwinan berlangsung …
Mai layan gambar2 diorang di majlis pihak pengantin perempuan. Papepun semoga Yeop berbahgia disamping isteri tersayang,,,


Ketibaan Kekanda "KZ" - ambil restu

Ish pakcik tu sentiasa ada ... huhuhu..interframe kot

aku suka gambo ni

Macam pinang dibelah dua

Tak dirancang pakaian pengapit sedondon tu...Pengapit lelaki tu sepupu aku yang perempuan tu pulak adik pengantin perempuan

Diantara ahli keluargaku


Bulan ni juga bulan terakhir aku berkerja..aku cuma masuk kerja seminggu selepas habis cuti besalin. sedih sangat, tapi itulah yang tersiratkan…


Julai – Satu pengalaman baru selepas 3 tahun setengah bekerja, kini aku menjadi surirumah sepenuh masa menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang kepada kedua orang anakku. Memang mencabar..yerlah sebelum ni pun Syafiqah anak pertamaku dibawah jagaan emak aku,
Akhirnya emak aku lepaskan juga dia kat aku… Wah, skali nak jaga dua2 kira kejutan gak bagi aku ngan hb aku. Tapi itulah yang kami idamkan selama hari ni... Dikesempatan ini gak kami berusaha membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang slagi termampu...

zwani.com myspace graphic comments