Kelahiran yang tidak dijangka juga seperti kakaknya dulu awal dua minggu, akaknya dulu awal tiga minggu…emmm, Alhamdullilah, proses kelahiran Syafiq agak menyenangkan… aku cuma sakit 3 jam sahaja..lps tu terus masuk wad besalin dan bersalin secara normal, keesokkan harinya dah pun dapat keluar hospital.
Meh layan beberapa gambar Syafiq dari lahir hingga sekarang

Dah pandai senyum... Dua bulan setengah
May – Emmm rasenyer takde ape yang menarik bulan ni..yerlah dalam pantang… Cuma sibuk buat persiapan perkahwinan Yeop ( abang aku)
Hari ni juga acara majlis perkahwinan Yeop berlangsung dipihak pengantin perempuan kat Teluk Intan… Alhamdullilah 5hb nya selamat diakadnikahkan .
- 7hb… Ari ni mungkin majlis terbesar keluargaku..yelah aku pun dah kawin, kami dua orang adik-bradik jer. Majlis perkahwinan Yeop… Meriah tu mestilah meriah, tapi ramai gak sedara mara dan kekawan yang tak dapat hadir…uhhh satu daerah jer berapa banyak majlis perkahwinan berlangsung …Mai layan gambar2 diorang di majlis pihak pengantin perempuan. Papepun semoga Yeop berbahgia disamping isteri tersayang,,,
Ketibaan Kekanda "KZ" - ambil restu
Ish pakcik tu sentiasa ada ... huhuhu..interframe kot
Tak dirancang pakaian pengapit sedondon tu...Pengapit lelaki tu sepupu aku yang perempuan tu pulak adik pengantin perempuan
Bulan ni juga bulan terakhir aku berkerja..aku cuma masuk kerja seminggu selepas habis cuti besalin. sedih sangat, tapi itulah yang tersiratkan…
Julai – Satu pengalaman baru selepas 3 tahun setengah bekerja, kini aku menjadi surirumah sepenuh masa menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang kepada kedua orang anakku. Memang mencabar..yerlah sebelum ni pun Syafiqah anak pertamaku dibawah jagaan emak aku,
Akhirnya emak aku lepaskan juga dia kat aku… Wah, skali nak jaga dua2 kira kejutan gak bagi aku ngan hb aku. Tapi itulah yang kami idamkan selama hari ni... Dikesempatan ini gak kami berusaha membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang slagi termampu...