zwani.com myspace graphic comments
Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 27, 2009

Al-kisah diri ini

Bismillahhirrahmannirohim....Pembukaan blog aku ini.
Sebenarnya aku pun tak pasti mengapa aku create blog ini, adakah meniru kawan-kawan atau suka-suka. Tapi jauh disudut hatiku ini ingin menambahkan sebanyak boleh ilmu yang tuhan berikan dengan kenalan-kenalan yang sudi mengenali diri ini dan sudi berkongsi pengalaman hidup masing-masing.

Hasil perkongsian hidup abah (Abd Hamid) dan mak (Zainon/Rokiah) aku dilahirkan.
Kini aku sudah menerokai hidup selama 27 tahun, pelbagai pengalaman ditempuhi...
Pahit manis asam garam kehidupan aku turuti dengan redha dan seadanya.

Anak jati Perak, daerah tanaman kelapa yang luas di Malaysia ni....Bagan Datoh.

Menemui jodoh dengan jejaka yang kukenali sejak aku ditingkatan 3 lagi dan disatukan dengan sah pada tahun 2006, Mohd Azlan.
Setahun kemudian awal 3 hari dari hari anniversary pertama perkahwinan kami, Darwisha Syafiqah telah dilahirkan di Hospital Klang.
InsyaAllah genap kesayanganku ini setahun setengah pada awal may-09 ini aku akan melahirkan adik lelakinya yang mungkin akan kunamakan dia, Darwish Syafiq.

OK-lah tu kot serba sikit pasal diri aku ni....
Cam skema jer plak mukadimah aku ni..
Kalau nak tau aku ni sorang yang simple, relax and steady,,, tak bape reti nak bemadah behemah ni..
zwani.com myspace graphic comments