zwani.com myspace graphic comments
Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 17, 2009

Tagged From "RED" - 2 in 1

Akhirnye terjawab gak aku tagged dari RED ni...
buleh plak 2 in 1 ek...
solly terlambat, bus ni dah tersemput-semput ;-)

1st, download your favourite photo using effects at http://www.photofunia.com/
1. Do you think you are HOT?
HOT sebagai mak buyong...ngeh, ngeh, ngeh


2. Why do you like this picture?
Pict Fiqa suka dapat keluar besiar-siar....senyuman dia..sentiasa dihatiku...


3. When was the last time you ate pizza?
Sebulan lebih dah kot...masa tu makan kat Jusco Bukit Tinggi...masa tu gak Fiqa makan sampai 3 slide pizza tu...


4. The last song you listen to?
Sujud >>> KRU & mawi


5. What are you doing right now besides this?
Dok kekenyangan, baru lps makan thai food....


6. What name u prefer besides yours?
"Khairunnisa" klu tak silap maksudnyer sebaik-baik wanita


7. People to tag ?

1) Zai

2) Jebat

3) Kak-Ngah

4) Kak Vie

5) Ibu Aqil

6) Nuroll

7) Nadiya


8. Who is no.1?
Kawan dan dot dot dot

9. No.3 is having relationship with?
Nak jadikan dia kakak angkat...tu pun klu sudi coz saya takde kakak..sian saya kan...

10. Say something about no.5?
Kenalan baru...aku suka tgk anak dia..comel macam korean baby...

11. How about no.4?
Old Prendz

12. Who is no.2?
Jebat....dia durhaka kat sapa ntah tu

13. Others?
Kekawan baru yang sudi terjah blog aku yang tak seberapa ni...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Nama-nama timangan anda :
Niza, Mama, Eija, Carol, K-Own, Anne dan Nurul

Anda seorang yang :
Entah ler...yang nyata seorang yang simple,,,,

Insan Teristimewa ?? Describekan Die Terlalu Istimewa Dimata Anda:
Sapa ek...???

Lagu kesukaan anda :-
Tak tentu..ikut mood,

Makanan kesukaan anda :-
Ikan Bakar & Pizza

Warna kesukaan anda :-
Hitam....

Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda :-
Wallet, Handset dan ape ye lagi satu...

Kali terakhir masa anda menangis dan kenapa :-
Tak ingat ler...

Tag 6 rakan anda :
Yang telah dinyatakan diatas... tambah satu lagi ek...7 buleh, huhuhuhu

Friday, April 10, 2009

ENGKAU YANG TERBAIK

" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sybil tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.

Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.
" Teringat pesan ayah di suatu petang. Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu.
Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Friday, April 3, 2009

Gelagat anakku

Ish..ish..ish,,,
dah besar dah anak kesayanganku ni...sejak dapat kaki ni...dah takleh nak halang dah...
klu dah kuar umah..nak masuk balik pintu rumah tu meraung-raung takmo...
Suka posing dan jalan-jalan, kekadang suka tegur org yang tak dikenali kat restoran ke atau public area...riso gak ngan kerenah Syafiqah ni......
Tapi takpe... Darwisha Syafiqah seorang happy good lucky child...harap2 sampai besar dia sentiasa happy dan doaku smoga anak kesayanganku ini sentiasa dilindungi Allah S.W.T.amin,,,,,



Avon product

Hehehehe..
Dah sampai dah ape yang aku order...
ala product Avon jer...
..kali ni hb aku bayarkan...sukernyer...

Lavender jug & cups set >>> gantikan jug avon color biru dulu yang dah bocor, lagipun senang leh main campak2 jer tak pecah & Emily Totebag >>> besar dan murah jer...senang nak simpan barang anak-anak dan aku bila kuar nanti

Thursday, April 2, 2009

External Lunch - Avanti Italian American Ristorante

Alhamdullilah...
Syukurnyer....uhhhhh kenyang giler,
Baru lepas makan kat Avanti Italian American Ristorante , Sunway Hotel.
Mak aiii, makanannyer best bangat,
Department HR, Finance, Cafetaria, Admin serta smua manager turun makan sama.
Hehehehe,,,,makin gemuk ler aku...

Menu.....sambil-sambil menunggu hidangan, setiap meja disediakan crayon...sape rajin lukis atau nak conteng pape dipersilakan, tengok tu..pandai kawan aku lukis,,, aku cuma conteng menu dan smile cartoon jer... eh! layan bread skali

Rasenye, larat tak aku abiskan pizza ni sesorang? ingatkan kecik, rupe2nyer haaaaa

Imelda

Kali ni Vic, GM kesayangan kitaorang ade kat Malaysia dan Pia, HR Project Manager aku tgh possing ngan handphone terbaru Kak Piah (hehehe, saje gelar nama kak piah)

Aku rase cam dah gemuk jer...

Eh!!! F1 sesat plak kat depan Sunway Hotel ni...

zwani.com myspace graphic comments