zwani.com myspace graphic comments
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

Kebizian


Bz...ari ni bz bangat...
manager aku sorang yang kelam kabut...kekadang leh wat angin aku menyirap jer ngan sikap dia...tapi aku mainten cool(susah nak nenguk aku marah kat opis ni)
ade sorang akak kat tpt keje ni saje gurau ngan dia kata aku maybe akan besalin awal sebab yang pertama dulu awal 3 minggu...
ape lagi kelam kabut ler manager aku tu wat list itulah inilah dan siapkan dlm masa terdekat ni...
Ades...
ni EA form ngan alamat tak lengkap nak kena post kat diorg yang dah resigned ni...bukan sikit ooo...byk siut...
Takpe-takpe, pelan-pelan...InsyaAllah wat ngan Ikhlas pasti siap ...

Friday, March 27, 2009

Merz Kompresser Sport

Poyolah plak...tengah-tengah sarat ni...
ari ni abg sam datang (hehehe, sbenarnye dah buleh panggil atok)
abg sam dtg bawa keta merz ....wow smua org terpegun tapi tak heran sbelum dia brenti keja kat sini lagi dia dah slalu bawa keta hebat2 ni...mana dapat keta tu, sumbernye : hasil kejayaan seorang anak dia...
ape lagi...mengular jap kuar opis melaram keta dia....
megah jap org pandang tapi sedar tu bukan aku punye...
heheheh...saje sesuka..bukan senang orang nak bagi lepaskan keta diorg kat org lain kan...



Thursday, March 26, 2009

Perkahwinan kawan sekerjaku

Akhirnye bersatu jua kawanku ini...
Talha(Warehouse Team leader) & Ina(ex-officemate) selamat diijabkabulkan di kediaman Ina, kat kedah sana..
persalinan merah majlis di kedah...
18 March 2009 - persalinan gold plak kat majlis perkahwinan Talha, kat Kg Batu Belah, Klang ni aje... makanannye wah...mixed...ala2 jawa macam pecal pun ade, yang menarik tu siap ade otak-otak tu, western pun ade, ...tapi aku tak sempat nak tgk diorg bersanding, ni gambar dr kawan-kawan yang rajin menunggu persandingan diorang pada pukul 2.30ptg...(ikut kad 12.30),
aku kena bekejar ke kg medan plak, sepupu aku pun melangsungkan perkahwinan anak sulung dia...



TAHNIAH yer korang...smoga cepat menimang cahaya mata & berbahgia slalu

Wednesday, March 25, 2009

Favourite Food Time Peknen No.2 ni

Time peknen no.1 dulu aku suka sangat makan nasi lemak.
Tapi kali ni sejak peknen no.2 ni...
inilah makanan kegemaran aku....

hehehe

Pisang montel >>> ade jual kat cafe tpt keje aku ni....tetiap ari aku makan pisang ni sampai kekawan perli..."ish, ish, ish, ko ni tetiap hari pisang, pisang, pisang"

Popcorn >>> g mana-mana klu jumpa popcorn musti kena beli..tambah klu tpt tu yang buat...bau dia...tapi skrg..slalu dok beli kat kedai runcit jer...dah addict mengunyah popcorn je dah akhir-akhir ni

Roti ban "sweetie" >>> kecik dan comel...sebungkus tak cukup...slalu suka inti kacang...lembut sangat

Friday, March 13, 2009

Anakku - bahgianye dipelukkanku


New Baby Myspace Comments

Minggu ni anak kesayanganku ade kat sini...
Entah mengapa pagi tadi fiqa bangun awal pagi dah minta didokong...
Uish,,,, bahgianye dapat peluk anak yang sentiasa tiada disisi ni (yerlah masih dlm jagaan mak aku kat kg).
Aku pujuk2 dia supaya dia tidur kembali...mama kena g keje kan..
yang leceh sikit tu, dia nak peluk sambil bedukung... bkn takmo dukung dia tapi aku ni tgh sarat ngandung, agak payah ler sikit..lagipun berat anakku ni dah mencapai hampir 12 kg .... setelah didodoi-dodoi dlm pangkuan aku akhirnye tidur juga anakku ni... sayang mama tido dengan aman ye.. tido dengan papa (ari ni papa cuti) mama nak pegi keje...beratnye nak lepaskan fiqa dalam pelukan mama ni...Lagipun pagi jumaat ni ujan.....sedapnye tidooo, alamak dah lambat g keje ni...cepat2 besiap g keje

Wednesday, March 11, 2009

Jom kongsi ilmu : Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"
zwani.com myspace graphic comments