zwani.com myspace graphic comments
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

Sunday, October 25, 2009

Sebulan yang bz lagi memenatkan

Fuh! Lega hari ni buleh hapdet blog.... Hampir sebulan dah mama niza tak hapdet blog ni...nasib baik tak besarang,,huhuhu. Wah! bz bangat tu, Ape hidaknyer... Sempena hari raye yg dah berlalu, sana sini kekawan buat open house kan, tu pun ade gak yg mama niza n family tak g.Ngan kije tempat baru lagi... alhamdullilah smua maintain ok,,, i like this job task. Rutin harian laks dah berubahkan... Papa dah keje tempat baru (smoga papa happy keje kat sana wlupun agak memenatkan lagi kan - takpe papa cakap tuk anak2 tak kesah ler) Akak fiqa laks sekarang dah dibawah jagaan kami sepenuhnyer...(wat mak tersayang, saya minta maaf coz amik balik cucu kesayangan mak ni, takde niat pun nak sakit kan ati mak). Emmm..nanti mama niza serba sikit rutin harian baru mama niza ek...
Sekarang meh layan sedikit gambo dan xtvt sepanjang sebulan lepas mama niza n family..

Sibok2 beraya sempat singgah tempat-tempat nie

Bersantai bersama mak dan abang serta akak ipar selepas beraya umah sedara-mara sekitar Shah Alam ni @ Taman Tasik Shah Alam.


Funfair @ Klang Central. Saja suka2 - tengok tu token skali main 3 hengget .....dapatnyer, ades kecik jer adiahnyer. Akak fiqa merasa gak merasa naik buaian roda ni...wlupun tak beso cam eye of malaysia tapi tu pun dah gayat dah takpelah jadilah merasakan...
Gambar dua kat atas tu Umah maksu aku @ Kajang, pakcik aku yg suka sangat kat akak Fiqa, tu yang berebut kasut hiasan tu anak dia Atirah, tua dua bulan dari adik afiq. Ni tengah besiap nak g beraya umah sedara kat area KL...
Gambar dua kat bawah tu pulak, member aku Bib, telah dirisik oleh teman lelaki dia baru2 ni..Tahniah bib... Sedikit hantaran dr Bib tuk teman lelaki dia...ada hantaran yg aku ngan Zai buat dirumah aku semasa diorg datang beraya umah aku sehari sebelum majlis berlangsung.
Perkahwinan Hasnol (ex-colleague) dan pasangannya @ Rinching... Tahniah gak wat Hasnol. Smoga kekal dan bahgia selalu. Tu bunga api buatan sendiri, menarik.
Sibok kutip/petik cili api... @ Kampung Papa, Sungai Sumun, Perak.

Farewell with Ms Pia Westerlund (ex-colleague) @ Domino Carefour Subang Jaya. Bulan November ni dia akan berpindah ke China. Bon Voyage Pia, I will miss U .... Muka letih lepas g pengkebumian pakcik di Taman Medan @ Petaling Jaya. Sempat gak menyelinap jumpa Ms Pia, dah wat date takkan nak batalkan

Akak fiqa excited tengok binatang2 tu. Eh blakang Papa ngan akak Fiqa tu ade tikus terbesar kat dunia ni... cam unta kontot laks tapi comei.. orang utan tu pun sibok beraksi... @ Zoo negara.

Aksi Akak Fiqa dan Adik Afiq @ umah.... layanzzzzzz
Haaaa...mana laks gambo2 open house ni ek.... leh laks tak done nak amik gambo2 ni..yerlah banyak yang rushing...kelam kabut lagi ngan dua org kesayanganku ni lagi..
September & October
Uh! what a tired month. Afterthis back to normal...

Monday, September 28, 2009

Tetamu di Hari rayer

Antara tetamu yang sudi menjengah aku dan family ahad lepas
Tetamu pertama dan paling jauh datang melawat. Syah dan family

Ni brother Ramzi tpt keje lama..smua sedondon tu,, syok tgk diorg..Alaa bb rafiq pakai kopiah biru ler plak
Kepada kekwan yang ade masa meh ler jemput dtg umah mama niza ek...

Saturday, September 26, 2009

Citer Pasai Rayer Tahun Nie...

Emmm... nak masukkan en3 pun tertangguh-tangguh. Ni ade ler nak citer banyak sikit pasai rayer taun ni...


Jumaat 18/9/2009 (dua ari sebelum rayer) Mood rayer dah datang...masa ni ramai org dah amik cuti raye... aku masih keje lagi,,, yerlah tempat baru, takkan nak amik upl kan takpelah pas raye amik sehari jer dah ler...
Balik dr keje ok ler highway nkve dr subang ke klang ok lagi, tapi mak ai highway nkve dari shah alam jem teruk menuju ke selatan tak putus-putus keta... Aku begegas balik besiap, amik yeop (abg aku) dan sil aku serta adik afiq, balik umah jap mandi2 terus betolak balik ke kg, alhamdullilah jalan ok clear jer. Kami singgah pasar malam pekan kapar beli juadah berbuka, sampai di kuala selangor kami singgah di caltex, berbuka dlm keta jer. Lps tu sempat lagi singgah pekan sg. besar beli sedikit kacang2, asam dan biskut tuk tetamu beraya di kg nanti. Pukul 10 mlm kami smua selamat sampai ke kampung halamanku disambut oleh anak yang ku rindui akak fiqa...

Traffic Jem di NKVE/PLUS, nasib baik aku tak melalui highway blk kg ni...
Sabtu 19/9/2009 (sehari sebelum rayer)
Tengah malam sabtu ni aku dan hb aku sempat lagi buat cornflakes madu, dapat ler hampir 300 pcs. Paginyer, aku habiskan buat popia pintal, dapat gak sebalang besar. Yerlah, kat kg aku, mak ngan abah ade,,, ape lagi senang ler urusan kerja aku wat kueh raye ni...

Orang lain sibok buat ketupat lemang , aku ngan hb aku plak mengerjakan menda ni...huhuhu, takpe kudapan ini ler yg laris time rayer ni...
Tghr nyer plak kami bertolak plak g umah mil aku... Taun ni raye pertama kami kat kg hb aku kg sg sumun. Takde ape sgt yg menarik, tapi yang jelik sikit mlm tu aku ngan hb aku tak dpt tido sampai ke subuh...
Nak tau ngape,,, sebelah umah hb aku masjid, bebudak kg tu wat 9 btg meriam, adesssss bedesing telinga, anak aku tak dapat tido, adik afiq ape lagi tak nah menangis teruk, kali ni kali meraung jer terkezut,,,, arghhhhh bikin aku panas siut...sabo jerlah...bukan tak suka, memang memeriahkan suasana tapi,,, lu pk lah sendiri
Ahad 20/9/2009 (ari rayer pertama)
Hari ni hari rayer pertama, lepas sembahyang rayer kami sekeluarga bersalam bermaaf-maafan. Tapi tak syok nyer kami smua terkenang adik ipar kesayanganku "Mohd Halim", dia telah pergi buat selama-lamanya sehari seblum raye 2 taun yg lps akibat kemalangan. Kami smua g melawat pusara arwah adik alim dan arwah fil aku. Kemudian kami smua pergi ke rumah embah hb aku... ramai sedara yang dah lama tak jumpa ada. Dulu baru2 kawen jer jumper diorg ni, kini kami dah berempat...huhuhu,,, Tghr tu kami wat makan besar, makan ikan bakar dan ikan stim. Adik afiq plak bls dendam tido dr kul 11 sampai kul 4 ptg, akak fiqa plak nakal nak kuar g tgk lembu jer kat tepi kebun tu...panas2 ni...emmm layan... lps tu, kami beransur g menziarahi sedara-mara sblh hb aku,,, sampai ke mlm, dapat ler g 6 buah rumah rayer pertama ni.
article kisah kemalangan adik ipar aku 3 taun lps


eh! ape ni (fiqa lum tau ape ade dlm ketas tu... lps tu lelama baru tau ,,wet rayer. blk umah org dia dah pandai ulur tangan minta wet rayer...)

sampul upin dan ipin sukanyer akak fiqa tu khusyuk jer. Tu adik ipar bongsu aku, dok jaga anak aku sementara mama dia nak siap ni..

Anak sedara hb aku, nabila dan fatihah
Adik afiq mengayakan baju buatan opahnyer ni lps puas tido...

Tu kat blakang tu BIL aku tgh sibok nak bakar ikan. Tgk pokok pisang ni bebetul, pelik tau!


Isnin 21/9/2009 (ari rayer kedua)
Hari ni awal2 pagi lagi kami dah bangun, excited nak balik kg aku,,, cam kebiasaan setiap taun mak long seblah abah aku akan buat kenduri tghr... lps blk umah mil aku trs kami kesana. Lps kenduri kami lepak kat umah tolong mak aku menyambut tetamu sedara mara yg dtg...

Akak fiqa sibok mengayakan baju baru pemberian opah
Eh! mama pegang sapa ni... Ni lah Insyirah lahir 3 ari lps adik afiq lahir (2 pupu tu ek)
memang ramai yg dtg singgah umah aku setiap taun almaklumlah umah opah aku sebelah umah jer. sambil2 tu sempat gak kami menyelit g umah opah aku. Haaa ari ni genap gak adik afiq 5 bulan.
Selasa 22/9/2009 (ari rayer ketiga)
Taun ni aku ngan family aku berkumpul smua adik bradik mak aku ngan anak cucu g melawat sedara mara terdekat...meriah gak dpt berkumpul bejalan bersama, hampir 5 ke 6 buah keta kami berkonvoy...bukan senang nak jumpa cam ni... (alaaa, tak dan amik gambo ler,,leka kunjung rumah sedara ni)

Rabu 23/9/2009 (ari rayer keempat)
Cepat betul dah raye keempat, ptg ni kami dah blk ke kapar. Sebelum tu sempat lagi kami g umah kawan aku yang betunang tghr ni... antara hantaran pertunangan

Tghr lps tu kami besiap betolak balik ke kapar. On the way balik tu kami singgah umah bibik hb aku yg tak nah jumpa anak2 aku kat sg air tawar, sg besar... lps tu sempat lagi tu g Bagan Nakhota Omar (BNO) tempat peranginan yang baru disitu. Akak Fiqa plak balik ikut opah dia naik bas ke kg,,, huhuhu suka dia naik bas tak ingat mama dia nak balik Kapar.
Lps tu kami singgah plak ke umah sil aku nyer datuk kat Sg. Panjang.




aku suka hantaran ni comey ade bear..

Nilah tuan punyer badan yang nak betunang tu, Cik Alifah

Adik afiq bejalan rayer
Penat dah ni.. atas pangkuan paklong nyer
Khamis 24/9/2009 (ari rayer kelima)
Emmm,,, dah start keje dah..mesti yg lain ade yg tgh sakan rayer kan...
takpe... rayer sebulan.. ade masa beraya lagi....

SEKIAN CITER SEMINGGU RAYER AKU SEFAMILY

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Ikhlas Untuk Kekawan Semua

Ramadan dah sampai ke penghujungnya dan Syawal bakal menjelma.
Dikesempatan ini mama niza a.k.a hani nak ucapkan selamat menyambut

HARI RAYA AIDILFITRI

&

MAAF ZAHIR BATIN

Jikalau tersalah tutur kata dengan kekawan semua.

Sudilah terima kad hari raya ikhlas dari mama niza sekeluarga.

Semoga kehadiran syawal ini mendatangkan kebahagiaan kepada kekawan seisi keluarga.

Makan ketupat rendang tu ingat-ingat ler ek...

Jaga pemakanan dan kesihatan

Berhati-hati dijalan raya yer...
zwani.com myspace graphic comments