zwani.com myspace graphic comments
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 25, 2009

BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST

Emm banyaknyer contest sekarang yer.. teringin plak nak try nasib anak sulung mama ni...

ni atas dorongan auntie suziey, tu yang nak try contest yang dianjurkan oleh Mommy Zara..saje je suka-suka mana tau klu ade rezki dibulan mulia ni kan

syarat2 utk join contest ni:


1. jd follower Mommy_Zara

OK - DAH FOLLOW DAH

2. sila add banner di atas pada sidebar..

OK - BANNER DAH ADD @ MY HOMEPAGE


3. Special entry utk contest ini :

Darwisha Syafiqah seorang yang suka senyum dan ceria dalam erti kata lain happy good lucky children... Panggilan Fiqa lebih mesra baginya, seorang baby yang suka bersiar-siar, klu sehari tak keluar rumah tu rasa dah macam ribut dibuatnya kat rumah ni..

Ni, gambar fiqa time jalan-jalan kat shopping complex..

Fiqa happy sangat dapat main buaian dalam pelukan mama

4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby.

Nama baby : DARWISHA SYAFIQAH BINTI MOHD AZLAN

Lahir : 1st November 2007

Umur Sekarang : Setahun sembilan bulan

5. sila nyatakan bila gambar diambil.

Gambar diambil pada : Awal tahun ni January 2009

6. link kn blog Mommy_Zara .

OK

contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09
- hehehe, entry masuk hari ni pada 26 August 09 -
"Cik Penganjur .. Princess Delisha"
Terima Kasih daun keladi,
Ada rezki lebih anjurkanlah lagi

Juadah berbuka puasa hari ni bersama Papa

Hari ni papa cuti..
esok papa dah start keje petang, mama berbuka sesorang bersama adik afiq ler nampak gayanyer sop, sop, sop sedihnyer sesorang lagi
Emmm... berbuka puasa simple jer...
masak nasi goreng udang, kuew tiew sop ayam dan agar-agar bandungsedap gak yer aku masak ni (perasan jap) .. nilah 1st time gak aku sempat buat agar-agar bandung

Naik Bas

Semalam petang aku menaiki bas balik ke Kapar,,,,
Sedih tinggalkan akak fiqa kat kampung..
Yerlah tak nak hampakan opah dan atuk dia aku redho kan jer Fiqa ngan diorg bulan posa ni,, tapi dlm planning next week nak amik jap...
ni pun baru shari dah windu bangat kat dia... almaklumlah slalu dia yang memecahkan keriuhan dalam family aku ni ngan aksi nakal dia terutama time mengacau adik dia...
Dah lama benor rasenye dah tak naik bas ni...
dan nilah first time adik afiq naik bas...
Dulu akak fiqa yang selalu naik bas datang jumpa mama dia dari kampung opah yang bawakan...
Emmm naik bas pukul 5.50 petang,,, berbuka puasa dalam bas gak ler jawabnyer..
Makan kueh ngan air kotak jerlah... adik afiq tido kejap jer dalam bas nasib baik dia tak meragam...hehehe temankan mama dia berbuka
Papa dah tunggu kat bus stop lepas berbuka... sampai rumah kami berbuka bersama

Menyambut Ramadhan Di Kampung Halamanku

Sempena menyambut bulan ramadhan, Jumaat lepas aku mengikuti emak aku balik kampung... balik bertiga sahaja, almaklumlah papa kerja pasaraya ni weekend jangan harap ler dapat cuti. Tak dapat ler bersahur dan berbuka sekali ngan papa,,,sedihnyer
Entah mengapa ntah aku suka balik kampung, yerlah sapa tak suka balik kampung... Bagi aku balik kampung tu dapat menenangkan jiwa aku yang kekadang serabut ni.
Yerlah kat kampung gak aku letak kucing-kucing kesayangan ku... smua tu dibawah jagaan abah aku yang suka gak kat kucing.. sekarang ada 6 ekor smua kucing yang stop membiak dah,,huhuhu.. yerlah sejak aku dah beranak dua ni kan..tak mampu plak nak jaga mereka.


Emak aku plak suka menanam pokok-pokok bunga tu lagilah dapat menyegarkan mata dan mindaku ini...


Ha.. satu lagi buaian yang fiqa main ni tempat aku selalu beristirehat sejak aku bujang sampai laa ni,,, best dapat berbuai ni ...dengan angin sepoi-sepoi bahasa cewah

Ni lah atuk Fiqa... aksi akak Fiqa cam atuknyer... tengah khusyuk tengok tv tu

Bulan Ramadhan


Hari ni dah 4 ari di bulan ramdahan..jap jer kan..
Rasenye belum terlambat nak ucapkan selamat berpuasa dibulan yang penuh dengan pahala ni kepada sesiapa yang sudi singgah menjenguk blog mama niza ni.
Jom kita menambah pahala dengan beribadat kepada-NYA dan menjauhkan ape2 yang tak elok.
zwani.com myspace graphic comments